Mathematics


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Tanpa Program LINUS - Numerasi)


Mata Pelajaran dan Kelas    :     Matematik Tahun Satu Damai
Tema / Tajuk                        :     Nombor Bulat Hingga 100
Masa                                    :     60 minit
Standard Pembelajaran       :     1.1 (i) (a), (i)(b), (i)(c)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Menyatakan kuantiti secara
a.   Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek.
b.   Membandingkan dua kumpulan secara padanan.
c.   Pola berlainan dengan menggunakan dua kumpulan objek.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
·         Membezakan dua kumpulan objek banyak atau sedikit.
o   Di luar bilik darjah
o   Objek yang disediakan
o   Kad gambar.
·         Membuat padanan objek yang berbeza dari segi bentuk, warna dan saiz.
·         Membina kumpulan objek dengan susunan objek yang pelbagai.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
·         Kreativiti (pelbagai pola) pemerhatian, membanding, membeza dan memadan.
·         Alam sekitar (pokok bunga).

Bahan Bantu Belajar:
Alat pembilang (Sida, guli, kerusi), tumbuhan dan objek sekeliling sekolah. Lembaran kerja.

Penilaian pengajaran dan pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.

Refleksi:
5 daripada 36 murid yang belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing dalam kelas akan datang.

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Berserta Program LINUS - Numerasi)


Mata Pelajaran dan Kelas    :     Matematik
Tema / Tajuk                        :     Tambah
Masa                                    :     60 minit
Standard Pembelajaran       :     2.1 (i), (ii) dan (iii)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
a.   Menyatakan pasangan nombor bagi kumpulan objek yang diberi.
b.   Menyebut nombor bagi jumlah objek pasangan kumpulan yang diberi
c.   Membina kombinasi dua nombor bagi jumlah objek yang diberi.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
Murid Perdana
·         Perbincangan mengenai:
o   Dua kumpulan objek
o   Bilangan dua kumpulan objek yang disatukan
o   Kad gambar yang menunjukkan dua kumpulan objek.
·         Murid membina dua kumpulan objek dan menyebutkan jumlahnya.
·         Murid bina kombinasi dua nombor berdasarkan satu kumpulan objek.

Murid LINUS (Numerasi)
·         Soaljawab mengenai nilai lebih satu daripada suatu nombor
o   Seorang murid masukkan sebiji bola ke dalam bakul.
o   Soaljawab mengenai bilangan bola yang ada dalam bakul
o   Masukkan lagi sebiji bola ke dalam bakul.
(aktiviti berterusan untuk bilangan yang lain pula)
·         Bimbing murid menyebut lebih satu adalah nombor yang berikutnya.
·         Tunjuk dan sebut nombor lebih satu adalah nombor berikut berdasarkan garis nombor.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
·         Kreativiti (membina kumpulan objek, kombinasi dua nombor bagi satu kumpulan objek)
·         Perbendaharaan kata merujuk situasi tambah.

Bahan Bantu Belajar:
Alat pembilang (Cip plastik, pensel, blok asas), kad gambar. Kad garis nombor.

Penilaian pengajaran dan pembelajaran  :
Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.

Refleksi:
90% murid mencapai objektif pembelajaran. Murid yang belum menguasai dibimbing melalui aktiviti pengukuhan.



Bidang                                    : Sukatan dan Geometri

Tajuk                                      : Panjang
Standard Kandungan           : Murid dibimbing untuk:
  Menggunakan unit relatif untuk mengukur panjang.
Standard Pembelajaran       : Murid berupaya untuk:
 (i) Membuat pengukuran objek menggunakan unit bukan piawai.
Masa: 60 minit (2 waktu)

Fasa
Cadangan Aktiviti
Cadangan Komunikasi
1. Persediaan
Pemerhatian
dan Analisis
1. Murid diminta mengeluarkan
    Kotak pensel dan pemadam, kemudian    
    letakkan di atas meja.

Contoh 1:

                                   Kotak pensel
http://www.chinatraderonline.com/Files/Gifts-and-Crafts/Bag/Pencil-bag/pencil-box-19491936871.jpg





http://www.promo-wholesale.com/Upfiles/Prod_i/Jumbo-Eraser_20090696691.jpg

                                   Pemadam




i.  Apa yang dapat anda lihat?

ii. Ceritakan secara lebih lanjut
    tentang kotak pensel dan    
    pemadam kamu?

iii. Letakkan pemadam selari
    kedudukannya dengan kotak  
    pensel seperti contoh 1.
   
    Bincangkan hasil pemerhatian.


2. Imaginasi

Penjanaan
Idea
Sintesis Idea

1. Murid diminta menganggarkan
    jumlah pemadam yang diperlukan   
    supaya sama panjang dengan kotak
    pensel.


http://www.promo-wholesale.com/Upfiles/Prod_i/Jumbo-Eraser_20090696691.jpg


http://www.promo-wholesale.com/Upfiles/Prod_i/Jumbo-Eraser_20090696691.jpghttp://www.promo-wholesale.com/Upfiles/Prod_i/Jumbo-Eraser_20090696691.jpg
Berapakah pemadam yang diperlukan supaya sama dengan panjang kotak pensel


Guru menerangkan sebab
hasil jawapan yang berbeza


i. Cuba anggarkan berapa banyak
    pemadam yang diperlukan
    supaya sama panjang dengan   
    kotak pensel?

ii. Mengapakah kamu  
     menggunakan cara tersebut?

iii. Mengapa jawapan kamu berbeza
     dengan kawan kamu?

3. Perkembangan
Penambahbaikan
Menilai

1. Murid mendengar penerangan
    daripada guru mengenai istilah
    panjang.
2. Murid ditunjukkan cara mengukur objek
    dengan betul.
http://www.chinatraderonline.com/Files/Gifts-and-Crafts/Bag/Pencil-bag/pencil-box-19491936871.jpg







http://www.promo-wholesale.com/Upfiles/Prod_i/Jumbo-Eraser_20090696691.jpg






3. Bahagikan murid kepada kumpulan
    kecil. Setiap kumpulan diberikan 3
    objek. Ukur panjang objek  
    menggunakan pemadam.

Contoh:
Buku teks, pensel  dan
kotak pensel.



i. Mengapa kita perlu mengukur
   bermula dari hujung kotak pensel?

ii.Gunakan 3 objek yang diberi.
   Ukur dan bandingkanjawapan    
   dengan rakan kamu.

4. Tindakan
Pelaksanaan
Amalan
berterusan
a. Murid diminta menyelesaikan latihan
    m/s 41 dan 42
b. Bincangkan hasil kerja murid.
i. Selesaikan tugasan yang
   diberi.

Pentaksiran

a. Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan dalam buku  latihan dan aktiviti,
    murid memahami cara mengukur sesuatu objek dengan teknik yang betul.
b. Murid boleh menggunakan pengukur yang sama untuk mengukur objek yang berlainan.
c. Murid boleh menggunakan pengukur yang berlainan untuk mengukur objek yang sama.

Nilai dan Sikap

1. Terapkan sifat bekerjasama ketika melakukan aktiviti kumpulan.
2. Murid berani memberikan pendapat melalui aktiviti perbincangan.




No comments:

Post a Comment